MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

2 Nov 2016

Hadiah Akhir Tahun

Kejap je masa berlalu, dah nak masuk tahun 2017. Pejam celik pejam celik tinggal 2 bulan sahaja lagi. Actually, saya sedang cari idea untuk bagi sesuatu hadiah untuk rakan- rakan kelas anak saya.

Last year, saya bagi penanda buku. Tahun ni agaknya nak bagi apa yer?? Boleh tak korang bagi idea yang boleh saya DIY. Tapi saya nak yang simple dan mudah untuk dibuat. Apa yek????

Macam tahun ni, sempena hari guru saya beli hadiah dari Kedai RM2. Just ikat dengan reben sahaja. Simple kan. Tapi bukan kedekut tau sebab tak berbalut. Bagi mudah kat cikgu nak buka hadiah tu nanti. Korang nak tahu hadiah apa? Meh tengok kat bwah ni....


Nilah hadiah simple yang saya sediakan. Nasib baik kat rumah ada laptop dan komputer. Jadi boleh le buat penanda buku dan laminate. Anak- anak happy dan excited nak bawa ke sekolah. Ni semua tanda terima kasih kami sekeluarga atas jasa guru- guru yang mengajar anak saya. Moga pemberian kecil ini memberi seribu makna pada mereka.

Korang dah tengok hadiah ni, so bagilah idea untuk bagi pada rakan- rakan kelas anak saya pula. Ibunya dah tak da idea ni. 
Ada sesiapa yang boleh bantu???

♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH