Baru- baru ini terjadi lagi, nyaris- nyaris baju tak terbakar tapi kain iron board terbakar. Nampak tak yang warna biru tu. Tulah kain iron board. Terkojut akak tau masa ni. Tapi akak lega lah juga sebab tak terbako baju akak. Kalau tak mahu nangis dibuatnya. Sebab baju barulah katakan.
Apalagi , cubalah cari kat pak google ni agar permukaan saterika tak rosak. Saterika mahal tu. Itupun saterika kakak yang bagi. Kalau ikutkan saterika ni dah rosak. Saja bawa balik ke kampung dan bagi sorang pakcik ni baikinya. Alhamdulilah dah boleh berfungsi sepenuhnya.
Bila dok cari kat pak google, jumpalah satu website ni yang bagitau cara nak hilangkan kesan hitam kat saterika agar permukaannya tak rosak.
Mudah pulak tu nak hilangkannya, hanya guna garam sahaja.
Apa lagi, teruslah pergi ke dapur ambil garam dan taburkan di atas kain. Suhu saterika bagi panas sikit dan kalau saterika tu ada pengewap pastikan ianya ditutup dulu yer. Bila dah panas sikit, gosokkan saterika kat kain yang ditabur garam tadi sehingga hilang kesan hitam atau kain yang melekat di permukaan saterika tadi tu.
Kalau korang rasa tips ini membantu, jangan lupa berkongsi dengan rakan- rakan lain.
Selamat mencuba!
No comments :
Post a Comment