MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ibu Hamil. Show all posts

30 Nov 2014

Ibu Hamil Mesti Baca!!!

Kalau anda sayangkan bayi yang bakal dilahirkan, bertindaklah sekarang dan jangan biarkannya.

Setelah disahkan hamil sudah tentu ramai ibubapa yang gembira. Rezeki dari Allah namanya kerana bakal melahirkan zuriat dalam keluarga. Akan tetapi untuk anak sihat, saya cadangkan pengambilan ASID FOLIK adalah wajib bagi mereka.

Kenapa???

Kecacatan bayi adalah sangat membimbangkan, apabila bayi dilahirkan kita berharap mereka akan lahir dengan sempurna. Tetapi setiap yang berlaku adalah anugerah dari Allah, tetapi kita sabagai manusia biasa tidak salah untuk berusaha untuk memastikan anak yang dikandung akan dilahirkan dengan sempurna.



Salah satu keperluan nutrisi yang perlu di ambil utuk mengelakkan kecacatan bayi adalah ASID FOLIK. Sebab itulah apabila pemeriksaan kandungan dilakukan, kita akan dibekalkan dengan asid folik. Asid folik adalah salah satu vitamin yang tergolong dalam kumpulan B, yang mana ianya wujud secara semula jadi dalam makanan seperti kekacang dan sayuran hijau.

Asid folik dapat membantu mencegah kecacatan saraf (spina bifida) iaitu pelindung yang menutupi korda spina bayi. Jadi jika kekurangan asid folik, pelindung tersebut tidak menutupi dengan sempurna dan menyebabkan kerosakan saraf kekal.




Pada 12 minggu pertama, otak dan sistem saraf bayi sedang membentuk dan berkembang dengan pesat, jadi pengambilan asid folik setiap hari adalah sangat digalakkan.


Seterusnya apabila masuk trimester ke-2, pengambilan asid folik boleh dihentikan atau diteruskan. Jika diteruskan, ia tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi.

Jadi pada mereka yang merancang untuk hamil, pengambilan asid folik disarankan diambil 3 bulan lebih awal.


Ibu hamil yang tidak mengambil asid folik berisiko 5 kali ganda untuk bayi mengalami kecacatan tiub neural berbanding ibu hamil yang mengambilnya.

Untuk mendapatkan sumber asid folik yang berkualiti, pastikan anda mengambil dari sumber yang  berkualiti seperti daripada suplemen Shaklee.


Saya mencadangkan B Complex Shaklee yang mengandungi Asid Folik. 
Terdapat 120biji sebotol. Pengambilan sebiji sehari. 

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan asid folik, jangan malu dan segan untuk hubungi pengedar sah shaklee anda:

Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

7 Aug 2014

Si Ibu Tidak Selesa Saat Hamil

Tips Mengurangkan Rasa Tidak Selesa Saat Hamil


1. Masalah ketika MUAL dan MUNTAH

Punca: 


Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormn beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakkan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke 8 hingga ke 12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke 20.


Cara atasi:


1. Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit

2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak
3. Makan lebih buah- buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa
4. Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya
5. Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan
6. Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti maxalon atau ancoloxin

2. Masalah ketika SAKIT BELAKANG atau PINGGANG


Punca:


Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.


Cara atasi:


1. Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri

2. Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barang yang berat
3. Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah

3. Masalah ketika SAKIT BAHAGIAN BAWAH ABDOMEN


Punca:


Masalah ini biasanya berlaku di lewat usia kandungan atau sekitar 32 minggu ke atas kesan daripada ligamen pelvis yang makin longgar


Cara atasi: 


Gunakan pelvic girdle belt bagi menyokong pelvik


4. Masalah ketika BENGKAK KAKI


Punca:


Masalah ini adalah normal dalam kehamilan. 30% wanita hamil akan mengalami masalah ini sejak dari awal usia kandungan


Cara atasi:


1. Alas kaki dengan bantal atau kusyen setiap kali berbaring atau tidur

2. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garamyang tinggi
3. Banyakkan berehat apabila masa mengizinkan

5. Masalah ketika URAT KAKI TIMBUL


Punca:


Hormon progesteron dan estrogen menyebabkan salur darah mengembang hingga mengakibatkan urat kaki timbul.


Cara atasi:


1. Perlu gunakan stoking khas iaitu elastic crepe bandage

2. Tinggikan kaki ketika berehat atau berbaring

6. Masalah KERAP KENCING


Punca:


Rahim yang membesar menyebabkan ligamen longgar dan mengganggu pundi kencing. Apatah lagi, ketika ini otot pundi kencing mula lemah kerana hormon progesteron memberi kesan kepada otot halus.


Cara atasi:


1. Lakukan senaman lantai pelvik senaman kagel

2. Walaupun kerap kencing, tetap kekalkan amalan meminum air antara 6-8 gelas sehari.

7. Masalah GUSI BERDARAH


Punca: 


Berlaku kerana gusi menjadi lembut. Tambahan pula, peningkatan estrogen menyebabkan bekalan darah meningkat


Cara atasi:


1. Gunakan berus gigi yang lembut

2. Jika masalah kian serius, segera dapatkan pemeriksaan doktor gigi 
3. Sebaik mengetahu pengesahan kehamilan, anda digalakkan untuk kerap mendapatkan pemeriksaan gigi sekitar bulan ke 5 kehamilan

Thanks for reading

Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

11 Jun 2014

Pentingnya Asid Folic Buat Ibu Hamil

Apakah asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.

Mengapakah saya perlukan asid folik?

Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu. Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, anda sudah boleh berhanti mengambil asid folik. Namun jika anda terus mengambil asid folik sepanjang kehamilan, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda ataupun bayi anda. 

Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat. Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub neural (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik. 

Apakah sumber makanan yang terbaik?

Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: 
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:

bayam, 1 cawan;kacang bendi, setengah cawan;asparagus, setengah cawan;lentil, setengah cawan;hati, 1 keping;11 batang taugeh brussels;kacang mata hitam, 4 sudu makan;emping bran, 7 sudu makan;germa gandum, 25g / 1 aun;betik sederhana besar.Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:brokoli kukus, 2 pucuk;buah oren saiz besar;nasi putih, setengah cawan;oat, setengah cawan;kacang merah, setengah cawan;jagung saiz besar, 1;biji bunga matahari, 1 aun.Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah. 

Sekiranya anda sukar untuk mengambil sumber makanan yang di beri, anda boleh mengambil B COMPLEX Shaklee yang mengandungi asid folic 200mg.

Ianya dicadangkan buat Ibu Hamil yang inginkan bayi yang bakal dilahirkan tidak cacat.

Beringat sebelum terjadi.

Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH