MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

29 Sept 2014

TIPS CARA MENERAN DENGAN BETUL SEMASA BERSALIN

Ketika melahirkan anak umpama kita bertarung nyawa antara hidup atau mati. Bukan mudah untuk menghadapi suasana ketika melahirkan anak. Salah satunya ketika hendak meneran. 
Pengalaman saya melahirkan 3 orang anak, saya sentiasa mengamalkan surah Nabi Yunus sejak mengandung sehinggalah melahirkan anak. Syukur alhamdulilah, proses bersalin cepat dan saya tak perlu tunggu masa yang lama untuk bersalin.
Kelahiran anak saya yang pertama ditemani oleh kakak ipar saya. Kebetulan kakak ipar saya bekerja di hospital tersebut. Ketika itu saya demam panas. Keadaan ketika bersalin agak sukar sedikit kerana saya tiada tenaga untuk meneran. Sebelum bersalin hanya sempat minum air zam- zam sebagai bekalan untuk saya meneran.
Kelahiran kedua pula, syukur alhamdulilah ianya berjalan lancar walaupun sudah 40 minggu. Sekiranya saya tidak melahirkan pada hari tersebut kemungkinan besar saya akan di induce. Induce adalah suntikan untuk mempercepatkan rasa sakit untuk bersalin.

Pengalaman melahirkan anak ketiga pula, sebelum ke hospital kami perlu singgah di balai polis untuk buat laporan polis kerana berlaku kemalangan pada malam sebelumnya. Saya merasa kesakitan hendak bersalin ketika dalam perjalanan ke balai polis. Akan tetapi saya menahan rasa kesakitan dengan berzikir dan bercakap pada baby supaya tunggu ayahnya selesaikan membuat laporan polis.

Syukur alhamdulilah, urusan ayahnya selesai dan terus membawa saya ke hospital. Pada waktu itu, saya memang dah nak bersalin sangat kerana saya tak mampu nak berjalan lagi. Saya ditolak menggunakan welchair masuk ke bilik pemeriksaan. Kalau nak tahu ketika itu bukaan saya dah 9cm. Akan tetapi saya tidak di tolak ke labour room. Setelah saya menjerit memanggil jururawat, barulah jururawat tengok kepala anak saya dah nak keluar. Tanpa menukar baju hospital saya di tolak ke labour room. Ketika itu, keadaan labour room dan doktor belum siap sedia. Inilah pengalaman yang tak boleh saya lupakan. 

Oklah di bawah ini, ada Tips buat ibu yang bakal melahirkan anak, semoga ianya membantu.
Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat

Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan. 

Cara Meneran

Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta uols untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya uols dapat melihat perut uols.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang-kadang disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher. 



1. Angkat kepala dagu cecah dada.
2. Mata pandang perut

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali)
4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan anda kurang tenaga dan lemah
5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina
6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas anda.
7. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas kemudian sambung teran tiap kontraksi
8. Tolak semasa kontraksi sahaja sebab masa tu baby pun gerak sama, jadi jangan buang masa
9. Baca Bismillah, Selawat
Tips tambahan: kongsi lah tips ni dengan suami supaya dapat mengingatkan anda. Mungkin masa tu anda akan terlupa disebabkan menahan sakit. Bila suami dah tau senang lah dia memberi panduan kepada anda

sumber : credit 
Thanks For Reading








Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com

♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH