MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

26 Nov 2016

Pendaftaran Kemasukan Tahun 1

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Ceritera hari ini 26 November 2016, Muhammad Aqeef Amsyar Bin Khairul Rizal dengan rasminya telah daftar bagi kemasukan Tahun 1. Kejap sangat masa berlalu rasanya. Dah sekolah rendah anak teruna saya ni. Kalau tengok orangnya kecik aje. Tak macam umur dah nak masuk 7 tahun pada 2017. Kul 8.00 pagi kami keluar dari rumah. Pendaftaran start 8.30 pagi.

Pada hari pendaftaran ni, dah kena pakai baju sekolah dan kasut sekolah tau. Nasiblah bonus shaklee masih ada. Sebab gaji gomen belum dapat. Lagi seminggu nak daftar ke sekolah baru kalut nak cari baju sekolah, seluar biru dan kasut sekolah. Nasib baiklah kat shopping complex dah start jual. Kasut sekolah pula dapat beli jenama Yonex dengan harga RM10.00 lebih. Kebetulan masa tu akak nampak kat FB viral kasut sekolah jenama Yonex less 70% kat AEON . Apalagi akak ajaklah Mr Hubby beli kasut harga super duper murah ni kan. Akak beli 2 pasang untuk anak teruna ni. Jadilah kan...
Baju sekolah dan seluar biru akak beli dekat my sister aje. Kebetulan my sister ada jual. Alat tulis dan pensel warna pula akak suruh Aqeef bawa yang lama aje ( waktu tadika) sebab masih elok lagi. 


OTW nak ke sekolah baru sambil makan roti dalam kereta.


Ni pulak gambar kelas dia selepas daftar di kantin sekolah. Masuk kelas ikut senarai nama yang telah ditetapkan oleh guru. Ada 4 kelas semuanya. Setiap kelas tak sampai 30 orang pun. Oklah tu mudah sikit budak- budak nak dengar penyampaian guru kat depan kan. Sorylah akak tak ingat kelas apa yang lain tue. Jenuh jugalah akak cari nama si  Aqeef ni. Mula- mula akak ingat namanya tak ada. Kali kedua akak semak semula baru nampak namanya ditempatkan di 1 Cemerlang. Gambar tu menunjukkan dia tengah mencari kotak pensel sebab Aqeef kena buat ujian pengesahan. Ntah dapat buat ke idak akak tak tahulah. 

Ibubapa pula yang dah hantar anak ke kelas, perlu ke dewan untuk mendengar taklimat dari pihak sekolah. Taklimat tamat 10.30 pagi.



Ni gambar selepas habis ujian pengesahan. Akak suruh kakaknya selfie dengan adiknya sambil menunggu ayahnya beli buku sekolah. Dah kedai buku buka hari ini, baik akak beli kan. Sebab nanti nak uruskan buku sekolah kakaknya pulak. Walaupun stok tadi ada yang tiada lagi, at least akak dah beli apa yang ada. Tak lah nanti nak mencari pulak kat kedai luar kan. Total keseluruhan RM48.35. Duit bonus shaklee akak masih berbaki lagi. Kita guna jelah duit tu. Tu yang bestnya sebab bonus shaklee akak dapat setiap 14hb. Gaji akak masih tersimpan lagi. Yang tu kita simpan dalam bank yerrr. 

Start 3 Januari 2017, akak update back to school Aqeef Amsyar. 













♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH