MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

18 Apr 2015

Kebaikan Menyusukan Anak

Terdapat beberapa kebaikan menyusukan anak untuk ibu, bayi, keluarga dan masyarakat. Saya akan huraikan beberapa kebaikannya untuk anda. Semoga apa yang saya sampaikan ini dapat membuka mata anda tentang susu ibu yang pada masa kini, ramai ibu yang amat titik beratkannya.



1. Kebaikan untuk ibu

- membantu mengecutkan rahim selepas bersalin. mengurangkan pendarahan
- menjarakkan kehamilan secara semulajadi melalui Lactational Amenorrhea Method ( LAM)
- mengurangkan risiko kanser payudara, ovari dan uterine
- mengurangkan risiko penyakit osteoporosis
- membtu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
- mengeratkan kasih ayang antara ibu dan anak

2. Kebaikan untuk bayi

- kolostrum merupakan sumber imunisasi pertama bayi
- mengurangkan masalah alergi
- mengurangkan masalah sistem penghadaman
- membekalkan zat-zat dan juga sumber nutrisi untuk tumbesaran optimum
- mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetis untuk bayi apabila dewasa kelak
- kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sbanyak 5 point berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

3. Kebaikan kepada keluarga

- mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
- Mengurangkan kos perubatan keraan bayi jarang mengalami sakit
- merapatkan hubungan kekeluargaan

4. Kebaikan kepada masyarakat

- Environmental Eco-friendly - mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran.
- menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak- kanak.
- mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara yang secara tak langsung akan membantu pertumbuhan ekonomi negara.

Thank For Reading

Nak dapatkan SET MENYUSU lengkap bagi membantu penyusuan anda?
Jangan malu dan segan untuk hubungi saya. Saya sedia membantu anda.


Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamaondvitshop@gmail.com




♥ TERIMA KASIH ♥

4 comments :

Mek ila Jual Vitamin said...

Mek ila pun sokong sangat penyusuan susu ibu. Alhamdulillah anak-anak dapat menyusu sehingga 2 tahun penuh.

Fazidawani Ari said...

Susu Ibu adalah yang terbaik buat anak- anak syurga kita. Dapat menjimatkan kos beli susu dan anak tidak mudah jatuh sakit. In shaa allah

Fazidawani Ari said...

@Mek ila Jual Vitamin
alhamdulilah..seronok kan bila dapat menyusu anak dengan susu badan kita sendiri

Fazidawani Ari said...

@Fazidawani Ari

betul tu..nikmat bahagia yang tak terhingga. anak lebih rapat dengan kita. rasa satu kepuasan bila anak dapat menyusu badan sepenuhnya

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH