MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

18 Apr 2015

Bagaimana Payudara Berfungsi?

Dalam setiap payudara terdapat kelenjar susu, iaitu organ yang menghasilkan susu badan. Dalam setiap kelenjar susu pula terdapat beberapa bahagian yang mempunyai tugas masing-masing dalam penghasilan susu badan:




Alveoli.

Ini adalah tempat di mana susu badan dihasilkan. Alveoli merupakan kelompok-kelompok kantung kecil seakan-akan buah anggur di dalam payudara anda. Alveoli dikelilingi oleh otot-otot kecil yang menekannya untuk mengeluarkan susu masuk ke dalam duktul.

Duktul. 

Duktul ialah salur-salur kecil yang menyalirkan susu daripada alveoli ke dalam duktus susu utama.

Duktus susu.

Ini adalah jaringan rumit salur-salur kecil yang membawa susu daripada duktul dan alveoli terus kepada bayi. Bayangkan duktus susu anda sebagai penyedut-penyedut minuman kecial yang kesemua hujungnya terletak di puting anda dan menyalirkan susu ke dalam mulut bayi. Duktus ini membesar dan jumlahnya bertambah semasa anda hamil. Anda mungkin mempunyai kira-kira Sembilan duktus dalam setiap payudara menjelang masa anda mula menyusukan.

Ketika sedang hamil, anda mungkin ternampak beberapa titik susu keluar daripada payudara. Hakikatnya, sistem pembuatan susu anda telahpun bersedia pada sekitar trimester kedua. Oleh itu, anda sudah boleh menyusukan bayi walaupun jika dia lahir pramatang.

Selepas bayi anda dilahirkan dan plasenta (uri) juga telah dikeluarkan, tahap hormon estrogen dan progesteron dalam badan anda mula jatuh. Ini memberi laluan kepada hormon prolaktin untuk dilepaskan daripada kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak anda.

Hormon prolaktin memberi isyarat kepada badan supaya menghasilkan banyak susu untuk diberi kepada bayi. Prolaktin boleh membuatkan anda rasa lebih bersifat keibuan, dan oleh itu sesetengah pakar memanggilnya hormon keibuan.

sumber: baby centre

Apa itu Kolostrum? KOLOSTRUM adalah "cecair emas" yang dihasilkan dalam lebih kurang 10 hari yang pertama. Kolostrum kaya dengan protein dan antibodi. Kuantiti kolostrum ini biasanya hanya sedikit. Namun, kuantiti itulah yang diperlukan oleh bayi dalam 2 hingga 3 hari pertama dalam hidupnya. 


Susu ibu pada permulaan akan berwarna kuning pekat. Inilah yang bagusnya untuk bayi kita. Jangan dibuang yer....

Susu Ibu adalah nutrisi yang terbaik buat bayi anda. Susu Ibu mengandungi antibodi dan imuniti dan dapat membantu melaan jangkitan. Selain daripada kualiti bergantung kepada keperluan bayi. 

Sharing is caring

Nak dapat SET MENYUSU lengkap, jangan segan silu untuk hubungi dandapatkan konsultasi PERCUMA dari saya:


Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com




♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH