Mengalami masalah sesak nafas biasa
dialami mereka yang mempunyai masalah asma atau semput. Kesukaran bernafas
memang sangat menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti seharian. Masalah ini
boleh menyerang semua peringkat manusia tidak kira tua atau muda, kanak-kanak
atau orang dewasa.
Selain menggunakan ubat-ubatan
kimia, anda boleh juga mencuba petua tradisional untuk merawat masalah sesak
nafas ini. Serai yang sering digunakan untuk tujuan memasak sebenarnya ada
manfaat untuk merawat masalah sesak nafas. Cara-caranya seperti berikut:
1. Ambil kira-kira 10 batang serai,
cuci hingga bersih kemudian rebus dengan dua gelas air.
2. Sebelum mendidih, campurkan gula
merah secukupnya.
3. Bila sudah mendidih, biarkan
sehingga airnya tinggal segelas.
4. Kemudian sejukkan sekejap,
kemudian ditapis.
5. Minumlah air rebusan serai yang
sudah ditapi sekali setiap hari, iaitu setiap pagi sebelum makan.
Selamat Mencuba!
Selamat Mencuba!
Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com
No comments :
Post a Comment