MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

3 Dec 2014

Banyakkan Susu Ibu

Ramai ibu yang mengeluh kerana kekurangan susu badan. Akan tetapi si ibu jua perlu tahu teknik untuk memperbanyakkan susu dari segi posisi anak, supply vs demand dan tak ketinggalan pemakanan si ibu itu sendiri. Sekiranya si ibu tidak cukup nutrien dalam badan juga merupakan salah satu faktor susu merundum. Sebagai contoh tidak bertenaga. Bila si ibu tidak bertenaga timbullah perasaan malas untuk mengepam susu.
Jom kita tengok petua tradisional yang dapat membantu banyakkan susu:
Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.
Nasi panas, halia muda dan air asam
Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.
Longan kering
Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan tiga cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Lobak merah
Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak dua kali sehari.
Bunga melur dan daun pucuk manis
Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.
Susu
Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak tiga hingga empat hidangan sehari.
Kacang tanah
Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino juga tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
Halba dan jintan hitam
Cuci halba atau jintan hitam bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.
Daun betik muda
Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut dua hingga tiga kali sehari.
Sumber: Pa & Ma
Thanks For Reading
Anda juga boleh dapatkan SET MILKBOOSTER Shaklee ALFAFA dan ENERGISING SOY PROTEIN.
Hubungi pengedar sah shaklee:
Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com



♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH