MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

8 Dec 2014

Panduan Pilih Pam Menyusu

Mesti ramai ibu yang sedang mencari pam menyusu yang sesuai untuk menyusukan anak dan membuat stok susu untuk si manja anda terutamanya bagi ibu yang bekerjaya.

Terdapat beberapa faktor yang perlu si ibu ambil kira sebelum membeli pam menyusu yang bersesuaian dan mengikut budget anda:

1. Harga 

Pam menyusu dijual dengan pelbagai harga. Ada yang murah, ada yang mahal. Oleh itu, belilah mengikut kemampuan anda dan anggaplah ianya satu pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan  susu ibu jauh lebih menjimatkan.  Pam menyusu ada yang manual, bateri dan elektrik
Perbezaan antara pam manual dan bateri adalah sekiranya tiada elektrik si ibu masih boleh mengepam menyusu. Keistimewaan pam elektrik pula si ibu dapat menjimatkan masa mengepam berbanding manual

2. Mudah Digunakan

Si ibu mestilah pandai memilih pam menyusu yang tidak mengambil masa yang lama untuk di pasang dan di buka. Ia juga mudah untuk di simpan dan dibersihkan tanpa mengira masa memandangkan si ibu akan kerap pam setiap hari.

3. Berat dan Saiz

Saiz dan berat pam adalah perkara yang penting yang perlu si ibu ambil kira. Bagi ibu yang bekerja, pam yang ringan dan kecil akan memudahkan anda membawanya ke pejabat atau ketika bertugas di luar kawasan.

4. Bunyi

Bunyi pam juga salah satu faktor yang perlu dititiberatkan. Kenapa? Sekiranya si ibu ingin mengepam susu di pejabat, pasti si ibu ingin pam menyusu yang bunyinya tidak bising dan mengganggu keadaan di tempat mengepam tanpa disedari oleh rakan sekerja. Kebiasaannya pam menyusu yang berkualiti tidak mngeluarkan bunyi yang kuat. 

5. Ketahanan

Si ibu pastikan pam menyusu yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu dianggap sebagai suatu pelaburan. Pilihlah pam yang bersesuain dengan kekerapan anda mengepam. Dapatkan pam menyusu yang heavy duty untuk penggunaan yang lama untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. 

6. Aras Kelajuan

Lihat aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan antaranya perlahan, sederhana dan laju. Anda boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payu dara.

7. Cara Mengepam

Jika anda tidak punya masa yang banyak, pilihlah pam yang berupaya mengepam kedua- dua belah payudara pada waktu yang sama. Anda dapat pam susu dengan banyak pada masa yang singkat.

Sumber: Majalah Pa & Ma


Jenama Pam Susu Di Pasaran:








Gambar sumber google


Thanks For Reading


Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH