MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

9 Dec 2014

Minggu Pertama Cuti Sekolah - Penang

First Day school holiday, kami sekeluarga pergi ke Penang mengikuti rombongan Family day taska Aqeef anjuran Taska Permata SUK Perak. Kalau nak tahu inilah rombongan yang paling ramai ibubapa ikut serta. 3 buah bas tu!!! Bukan senang nak handle 3 buah bas.

Rombongan kami bergerak dari Ipoh pukul 8.30 pagi dan sampai di Penang lebih kurang pukul 10.30 pagi. Tempat pertama kami pergi  ke Padang Kota Lama. Aktiviti bebas buat semua family. Kebanyakkan dari kami hanya duduk di taman permainan sambil melihat karenah anak- anak bermain buaian, papan gelongsor dan banyak lagilah. 

Sorylah gambar tak sempat nak ambil. Sebabnya nampak tak taman permainan kat belakang tembok Taman Kota Lama ni. Anak- anak dah dok lari ke sana. 

Kat bawah nilah tanda tembok Taman Kota Lama tu. 

gambar google ( tak dan nak tangkap gambar sendiri)

Sebelah Taman Kota Lama ini, tempat bersejarah Fort Cornwallis. Kami tak masuk dalam kawasan ini. Sekadar tangkap gambar signboardnya sahaja.Gambar saya dan anak teruna tak da yer. Anak teruna dah ikut kawan- kawannya dan saya tukang tangkap gambar. 




Si kecil tu tak nak tangkap gambar sebabnya nak ikut si abang dengan kawan- kawannya ke taman permainan. Kanak- kanak riang lah katakan, pantang nampak taman permainan. 
Layankan aje lah karenah anak- anak. Janji diaorang gembira.

Dah habis penat main kat taman permainan, apa lagi masing- masing dah lapar nak lunch. So, kitaorang pergi isi perut dulu. Tempat kami makan tu belakang laut. Yang feramnya anak-anak ni tak takut langsung pergi ke tepi laut. Aje sabo lah. 

Harga makan tengah hari kat situ kira ok lah. Tak mahal sangat.Happy je makcik kedai tu, 3 buah bas datang jamu selera kat kedainya. 

Tempat destinasi kedua kami pergi ke Rumah P. Ramlee. Sampai sesat larat  lah kami nak pergi ke sana. Pada petang tu hujan lebat sangat kat Penang. Mula- mula ingat nak cancel pergi ke Rumah P. Ramlee tapi bila bus dah dapat jumpa jalan yang betul menuju ke sana kami teruskan juga. Setibanya kami di sana, nasib baiklah hujan dah mula renyai. Dapatlah kami turun bersama- sama anak. 



gambar sumber google

Inilah rumah P. Ramlee. Kalau sesiapa nak pergi ke sini tak boleh tangkap gambar keadaan dalam rumah. Luar rumah boleh lah. Siap ada CCTV dalam rumah ini. Kemungkinan takut kehilangan barang peninggalan P. Ramlee. Bukan boleh dapat kalau hilang kan.


Anak teruna tangkap gambar dengan basikal. Jadilah kenangan si Aqeef dengan basikal kat Rumah P. Ramlee. Itu pun jenuh nak tangkap gambarnya. Saja je dia buat aksi nganga mulut. Apa motifnya, idaklah ibunya tahu.



Tempat destinasi yang seterusnya adalah tempat penginapan. Kami menyewa bilik di Rainbow Paradise Hotel, Teluk Bahang. Harga hotel RM213 include 2 breakfast. Agak- agak uolls murah ke mahal yer. Hihihihi..Service hotel ok. Bilik kami semuanya menghadap laut. Bilik memang luas. Puas hati sangat-sangat. 



Kedudukan hotel ini bagi saya ianya strategik. Kira mudah kalau nak pergi mana- mana. Cuma yang lecehnya parking kereta. Terhad sangat. 

If ada yang bercuti ke Penang, bolehlah tidur kat sini. 

Happy holiday yer!!!

Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com








♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH