MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

4 Dec 2014

Masalah Meroyan. Apakah petuanya?


Masalah meroyan biasanya dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Ada wanita yang menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan kebahagiaan yang sedang dikecapi. Meroyan merupakan istilah umum orang Melayu terhadap masalah perubahan emosi selepas bersalin.





Panduan Elak Meroyan
  1. Pastikan mendapat bantuan daripada suami dan ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara ketika dalam proses jagaan selepas bersalin.
  1. Fahami dan pelajari tanggungjawab sebagai ibu daripada kawan-kawan yang berpengalaman, keluarga dan bahan bacaan sejak sebelum mengandung lagi.
  1. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di halaman rumah dan jangan hanya berada di dalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.
  1. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring di katil tanpa memikirkan apa-apa perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.
  1. Pengambilan diet. Pemakanan berkhasiat juga penting diberi perhatian untuk kembali cergas. Elakkan daripada tidak makan dalam tempoh masa yang panjang. Makanan seimbang dapat menghindarkan diri daripada cepat letih dan tidak bertenaga. Anda juga boleh mendapatkan SET BERPANTANG Shaklee untuk hindarkan masalah meroyan ini. 
Seelok-eloknya si suami perlu menitiberatkan si isteri setelah melahirkan anak. Sentiasa membantu dan tidak membebankan isteri dengan masalah ketika mereka dalam pantang. Memberikan rehat yang secukupnya kepada isteri tersayang sehingga habis pantang. 

Selamat Menjaga Kesihatan!

Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com



♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH