MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

22 Sep 2014

Punca Lelaki Tidak Puas Kencing

Agak- agaknya di luar sana ramai tak lelaki yang menghadapi masalah tidak puas kencing? Saya nasihatkan jangan ambil remeh masalah ini. Walaupun anda rasa penyakit ini tidak membebankan. Tapi kesannya apabila anda membiarkan penyakit ini tidak di rawat amatlah berat. Semoga info ini dapat membantu anda nikmat sihat.

Apakah punca lelaki tidak puas kencing?

Apabila menjelang usia yang lanjut, masalah yang sering kali menimpa kaum lelaki adalah masalah membuang air kecil. Segelintir kaum lelaki mengalami masalah kencing yang tidak puas atau pancutan air kencing tidak laju. Seringkali masalah ini hanya disembunyikan sendiri sehingga komplikasi berlaku.

Apakah yang dimaksudkan dengan bengkak kelenjar prostat?

Kelenjar prostat adalah satu organ yang mengelilingi pangkal saluran kencing lelaki. Kelenjar ini berfungsi untuk menghasilkan cecair berbentuk alkali di dalam mani. Saiz kelenjar prostat yang normal adalah sebesar kacang walnut. Namun apabila lelaki menjangkau usia 40 tahun ke atas, rangsangan hormon testosteron boleh menyebabkan kelenjar ini membengkak dan pangkal saluran air kencing menjadi sempit. Menurut satu ujian saringan Kempen Kesedaran Prostat Peringkat Kebangsaan 2004, lebih 50 peratus daripada lelaki yang disaring didapati mempunyai gejala pembengkakan prostat.

Apakah tanda-tanda gejala bengkak prostat?

Seringkali pesakit akan mengalami kesukaran untuk membuang air kecil. Antara tanda- tandanya adalah :
  • Kerap kali buang air kecil, hampir setiap jam – frequency
  • Apabila ingin membuang air kecil, tidak mampu untuk bertahan lama –urgency
  • Kerapkali bangun di waktu malam untuk kencing – nocturia
  • Pancutan air kencing tidak laju – poor flow
  • Air kencing menitis di penghujung waktu kencing – terminal dribbling
  • Terkencing sewaktu menahan air kencing – hesitancy
  • Berasa tidak puas kencing dan perlu kencing beberapa kali – incomplete voiding
  • Kencing tersekat- sekat – intermittency
  • Meneran sewaktu kencing – strain
Apakah kesan jangka masa panjang masalah kelenjar prostat bengkak?

Komplikasi atau kesan jangka masa panjang jika penyakit bengkak prostat tidak dirawat termasuk :
  • Pembentukan batu karang (bladder stone) di dalam pundi kencing.
  • Pembengkakan buah pingggang (hydronephrosis) disebabkan tekanan yang kuat dari dalam pundi kencing yang berpanjangan.
  • Jangkitan kuman dalam air kencing berulangan (recurrent urinary tract infection)
  • Penyakit angin pasang (inguinal hernia) disebabkan oleh tekanan di dalam bahagian ari-ari ketika membuang air kecil.
Wahai kaum lelaki, amacam?? Mahu biarkan masalah TIDAK PUAS KENCING tidak dirawat!! Nak tunggu sampai KELENJAR PROSTAT anda BENGKAK??

Nak di rawat dan atasi dari sekarang?

Nak saya bantu??

Hubungi saya:

Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com

♥ TERIMA KASIH ♥

1 comment :

adyna AB said...

Jarang dgr lelaki yg peka dgn kesihatan .. Walhal mereka juga terdedah dgn penyakit , bkn perempuan je kan , salam perkenalan ;)

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH