MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

7 Aug 2014

Si Ibu Tidak Selesa Saat Hamil

Tips Mengurangkan Rasa Tidak Selesa Saat Hamil


1. Masalah ketika MUAL dan MUNTAH

Punca: 


Ketidakselesaan terjadi akibat kehadiran hormn beta HCG yang bertindak balas pada bahagian otak. Kebanyakkan kehamilan mengalami masalah ini di antara minggu ke 8 hingga ke 12. Namun, ada yang berlarutan sehingga minggu ke 20.


Cara atasi:


1. Makan kerap tetapi dalam jumlah yang sedikit

2. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan mengandungi garam yang banyak
3. Makan lebih buah- buahan yang tinggi potassium seperti anggur dan pisang atau minum air kelapa
4. Elak minuman berkarbonat dan berkafein kerana ia boleh menambahkan rasa loya
5. Jangan ambil jeruk atau asam sebab ia mengandungi banyak asid, garam, perisa dan pewarna tiruan
6. Jika berterusan perlu ambil ubat tahan muntah seperti maxalon atau ancoloxin

2. Masalah ketika SAKIT BELAKANG atau PINGGANG


Punca:


Berlaku akibat penyesuaian badan dan tulang belakang terhadap perubahan pusat graviti tubuh. Selain itu, ligamen yang makin meregang menambahkan lagi kesakitan.


Cara atasi:


1. Menjaga posisi tubuh ketika duduk, berjalan dan berdiri

2. Menggunakan kaedah yang sesuai ketika mengangkat sesuatu barang yang berat
3. Lakukan urutan yang perlahan di bahagian bermasalah

3. Masalah ketika SAKIT BAHAGIAN BAWAH ABDOMEN


Punca:


Masalah ini biasanya berlaku di lewat usia kandungan atau sekitar 32 minggu ke atas kesan daripada ligamen pelvis yang makin longgar


Cara atasi: 


Gunakan pelvic girdle belt bagi menyokong pelvik


4. Masalah ketika BENGKAK KAKI


Punca:


Masalah ini adalah normal dalam kehamilan. 30% wanita hamil akan mengalami masalah ini sejak dari awal usia kandungan


Cara atasi:


1. Alas kaki dengan bantal atau kusyen setiap kali berbaring atau tidur

2. Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi garamyang tinggi
3. Banyakkan berehat apabila masa mengizinkan

5. Masalah ketika URAT KAKI TIMBUL


Punca:


Hormon progesteron dan estrogen menyebabkan salur darah mengembang hingga mengakibatkan urat kaki timbul.


Cara atasi:


1. Perlu gunakan stoking khas iaitu elastic crepe bandage

2. Tinggikan kaki ketika berehat atau berbaring

6. Masalah KERAP KENCING


Punca:


Rahim yang membesar menyebabkan ligamen longgar dan mengganggu pundi kencing. Apatah lagi, ketika ini otot pundi kencing mula lemah kerana hormon progesteron memberi kesan kepada otot halus.


Cara atasi:


1. Lakukan senaman lantai pelvik senaman kagel

2. Walaupun kerap kencing, tetap kekalkan amalan meminum air antara 6-8 gelas sehari.

7. Masalah GUSI BERDARAH


Punca: 


Berlaku kerana gusi menjadi lembut. Tambahan pula, peningkatan estrogen menyebabkan bekalan darah meningkat


Cara atasi:


1. Gunakan berus gigi yang lembut

2. Jika masalah kian serius, segera dapatkan pemeriksaan doktor gigi 
3. Sebaik mengetahu pengesahan kehamilan, anda digalakkan untuk kerap mendapatkan pemeriksaan gigi sekitar bulan ke 5 kehamilan

Thanks for reading

Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH