MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

13 Jan 2017

MEMULIHKAN MASALAH SARAF & KEBAS

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Baru- baru ini, ramai yang bertanya kepada saya supplement untuk masalah saraf dan kebas kaki tangan. Mungkin bagi yang tak pernah alami menganggap penyakit ini tidak lah berat  mana. Tapi bagi yang alaminya akan rasa tidak selesa apabila hendak melakukan sesuatu kerja. Contohnya bila terasa kebas jari -jemari, anda mungkin tidak dapat memegang barang untuk waktu yang lama. 


APA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG MASALAH SARAF DAN KEBAS?


Kajian oleh Queen Mary, University of London mencadangkan asid lemak Omega-3, yang terdapat dalam minyak ikan mempunyai potensi dalam melindungi saraf daripada cedera dan membantu saraf untuk regenerate (memulih / menjana semula) saraf yang bermasalah.

Apabila saraf rosak akibat kemalangan atau kecederaan, pesakit biasanya akan mengalami kesakitan, lemah dan kelumpuhan otot yang boleh menyebabkan hilang upaya, dan tahap pemulihan yang sangat rendah.

Menurut kajian terbaru yang diterbitkan dalam Journal of Neuroscience, Omega-3 dikatakan memainkan peranan yang significant dalam mempercepatkan pemulihan kecederaan saraf.

Kajian yang dibuat tertumpu kepada sel-sel saraf peripheral. Saraf peripheral adalah saraf yang menghantar signal diantara otak dan saraf tunjang, dan jugak bahagian badan yang lain. 



Saraf-saraf ini mempunyai keupayaan untuk membina semula, walaupun dengan kecanggihan teknologi pembedahan yang ada, pesakit biasanya hanya akan cepat sembuh jika kecedaraan yang dialami tidak serius.

Asid lemak Omega-3 adalah SANGAT PENTING untuk pertumbuhan normal tubuh dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan lain terutamanya jantung & otak. Oleh kerana tubuh kita tak mampu untuk menghasilkan asid lemak Omega-3 dengan sendirinya, maka pengambilan diet yang mengandungi Omega-3 dan suplemen minyak ikan (Omega-3) adalah WAJIB.

Pengambilan asid lemak Omega-3 adalah kritikal dalam proses penyembuhan masalah saraf kerana ia berfungsi untuk membantu melindungi saraf daripada tercedera.



 

Jangan biarkan masalah saraf anda berlarutan. Ia akan menjejaskan aktiviti seharian anda. Bertindaklah segera.

Terima kasih sudi membaca.

Salam Sayang
Fazidawani | 0123613615


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH