MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

26 Nov 2015

Suatu Masa Dahulu di Brunei


Sekadar ingin berkongsi cerita di blog saya. Tak salah saya pada tahun 2009 pertama kali menjejakkan kaki di Brunei sempena menghadiri kenduri perkahwinan anak bapa saudara saya di sana. Banyak bezanya cara dan adat perkahwinan mereka. Dengar khabar sepupu saya ni dah 2 orang anak sekarang ni.

Boleh dikatakan semua adik- beradik saya pergi ke Brunei meraikan perkahwinan sepupu saya ini. Kami berada di sana hampir seminggu. Selama seminggu kami di jamu makan minum tanpa henti. Asyik makan je ...penuh perut dibuatnya.


Yang bestnya pengantinlah, diraikan selama seminggu dengan pelbagai acara dan mengikut adat mereka. Kalau korang nak tahu, siap ada tarian poco-poco dan cabutan bertuah lagi untuk sanak- saudara yang hadir. Acara ini diadakan pada waktu malam dengan meriah sekali.



Inilah family dari Malaysia yang hadir di majlis perkahwinan di Brunei


Ini pula ayah saya ketika merenjis pengantin 


Pemandangan di Kampung Air, Brunei ketika berada di dalam boat


Berselfie sebelum naik boat melawat Kampung Air.

Bagi yang belum pergi Brunei tu, boleh lah melancong ke sana. Banyak tempat yang boleh dilawati dan pemandangan di sana menarik sekali.

Bila lagi agaknya boleh ke sana...:)


♥ TERIMA KASIH ♥

2 comments :

Nina Mirza said...

Bestnya... Nina belum pernah jejak kaki ke brunei

Fazidawani Ari said...

@Nina Mirza

nanti ada peluang pergilah tapi jangan lupa ke kampung air..

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH