MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

24 Sept 2015

Salam Aidiladha 2015

Syukur alhamdulilah akhirnya 10 Zulhijjah 1436H telah tiba. Salam Aidiladha buat pembaca blog saya dari kami sekeluarga. 

Hari Raya Aidiladha ni ada juga dipanggil Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban. Dalam setahun umat islam meraikan 2 perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Korang tau tak apa maknanya korban?

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.



Moga suatu hari nanti kami sekeluarga dapat ke menunaikan haji di Mekah dan di beri kesihatan yang baik dan sempurna.


Fazidawani Bt Ari
SID 880334
019-4033615 / 012-3613615
diamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH