MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

30 Apr 2015

Makanan Penggalak ‪‎Susu‬ Ibu


Ibu-ibu yang menyusu boleh amalkan makanan dan amalan di bawah untuk membantu memperbanyakkan susu ibu.

✔Makanan yang kaya serat,protein,mineral dipercayai membantu melonjakkan kuantiti susu yang semakin merudum.

✔Elakkan stres dan tekanan kerja hingga menyebabkan anak tak cukup susu

✔Perlu minum air sekurangnya 1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda. Minum air suam sebelum mulakan sesi penyusuan atau memerah

✔Susu soya dan tempe ( hasil ‪‎soya‬ )

✔Halba atau herba tradisional. Boleh dijadikan teh dan diminum suam

✔Makanan berserat seperti oat. Tambahkan jintan di dalam masakan

✔Kurma cina. Rebus dengan gula batu dan minum airnya

✔Air rebusan barli

✔Longan kering. Kaedah yang sama boleh digunakan seperti kurma cina tadi

✔Jadikan pegaga sebagai ulam. Boleh dimakan semasa makan tengah hari

✔Jantung pisang. Jadikan seperti kerabu atau ulam

✔Makan ikan. Hasilkan susu ibu lebih cepat

✔Halia bukan sekadar penambah perisa dan buang angin dalam badan, tetapi menambahkan jumlah susu badan yang kian sedikit

✔Memakan kekacang seperti badam

✔Memakan beras perang kerana ada serat yang tinggi

✔Berdoa dan mengamalkan bacaan surah peningkatan susu ibu

Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya supaya anda sentiasa bersemangat untuk terus memberi kan penyusuan buat si manja

✔Bagi yang beragama Islam amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu!! lalu terpancarlah darinya 12 mata air. tiap-tiap suku atau puak telah mengetahui tempat minumannya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan Allah). dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan membuat kerosakan.

✔Berzikir untuk banyakkan susu ibu seperti Ya Matiin semasa memerah susu atau menyusui bayi.




Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH