MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

4 Feb 2015

Amalan Harian - KELEBIHAN SURAH AL-MATHURAT

Assalamualaikum wbt

Syukur alhamdulilah, saya ingin kongsikan kelebihan Surah Al- Mathurat sekiranya kita mengamalkannya setiap hari tak kira waktu pagi atau petang.
Semoga dengan mengamalkan surat Al- Mathurat ini kehidupan kita sebagai umat islam lebih berkat dan tidak dinodai oleh syaitan. 

KELEBIHAN SURAH AL-MATHURAT 

1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.


Boleh dapatkan surah al- mathurat ini di kedai buku atau di pasar raya atau boleh download application di handphone anda. 
Jadi tiada alasan untuk anda tidak membaca surah al- mathurat.




Semoga bermanfaat buat pembaca blog saya ini.

|Sharing is Caring| 


Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com





♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH