MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

2 Dec 2014

Tiada Kedutan Di Muka

Vitamin C bukan hanya diperlukan untuk menjaga kesihatan tubuh dan agar tidak mudah sakit, tetapi juga penting untuk merawat kecantikan.

Vitamin C berkhasiat menghasilkan dan menjaga jumlah kolagen yang berfungsi penting dalam mempertahankan keanjalan kulit.
Juga bermanfaat menguatkan pembuluh darah, membantu menjadikan kulit kenyal dan lebih tahan terhadap radikal bebas yang memudaratkan kulit.
Terdapat empat manfaat vitamin C bagi kecantikan.

1. Menyuburkan Rambut

Vitamin C adalah salah satu khasiat paling penting dan efektif membantu pertumbuhan rambut sekaligus menguatkannya.
Agar rambut sentiasa sihat dan indah, pakailah pupur rambut buatan sendiri yang semula jadi dan lebih selamat.
Campurkan setengah potong ubi kukus, tiga buah strawberi dan setengah potong paprika dengan cara dilumatkan hingga teksturnya menjadi krim atau seperti pasta.
Kemudian oleskan pada kulit kepala dan rambut.
Biarkan selama 15-25 minit, lalu bilas menggunakan air suam.
Lakukan perawatan ini satu kali seminggu.

2. Memperlambat tanda-tanda penuaan

Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa wanita separuh usia yang mengambil lebih banyak makanan kaya vitamin C, memiliki kedutan lebih sedikit dan terhindar dari kekeringan kulit berbanding yang kurang mengambil vitamin C.
Pakar kulit berpendapat bahawa vitamin C boleh melambatkan tanda-tanda penuaan yang disebabkan kerosakan kulit kerana radikal bebas.

3. Mencegah wajah jadi pucat

Dalam diet, vitamin C penting dalam penyerapan zat besi oleh tubuh. Zat besi pula penting untuk menjaga rona wajah tetap segar dan mencegah tubuh jadi lemah.
Apabila kekurangan zat besi, anda boleh mengalami anemia, cepat penat dan swesak nafas. Ini boleh membuatkan anda kelihatan pucat dan lesu.

4. Menjaga kesihatan kuku

Vitamin C membantu menjaga kesihatan kuku dengan menguatkan ketahanan kulit, jaringan kulit, tulang dan dinding pembuluh darah.
Vitamin C juga membantu pertumbuhan kuku dan menguatkannya. Nutrisi ini juga boleh mencegah cekam kuku yang sangat menyakitkan.
Jadi pastikan anda mengambil vitamin C secukupnya setiap hari dengan makan buah limau, pir atau beri.
sumber: credit
Dengan setiap pembelian 1 botol Vitamin C 500mg, 180biji boleh tahan sehingga 6 bulan penggunaannya. 

Pelaburan RM0.50 sebiji sehari sahaja.
Sekiranya anda ingin kulit cantik, saya syorkan anda mengambil 4 - 6 biji sehari dan 3 liter air sehari.
Berminat untuk FREE konsultasi dan HARGA SUPER DUPER bulan ini sahaja??
Anda boleh hubungi: 
Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com



♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH