MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

8 Dec 2014

Teknik Pengurusan Susu Ibu





Untuk pengetahuan ibu menyusu, susu perahan tidak boleh di simpan begitu sahaja setelah aktiviti mengepam susu dilaksanakan. Di sini ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk menyimpan susu perahan anda.

1. Mulakan dengan memerah. Salurkan ke dalam bekas yang bersih dan steril. Contonhya botol susu, beg plastik simpan susu dan bekas plastik dadih.









2. Masukkan ke dalam bekas penyimpanan. Simpan kuantiti yang cukup dalam sebuah bekas untuk sekali penyusuan. Tinggalkan sedikit ruang udara untuk membenarkan proses pengembangan apabila susu dibekukan.

3. Labelkan tarikh biarkan pada suhu bilik seketika sebelum dialihkan bahagian sejuk beku jika anda berada di rumah. 





4. Jika anda di pejabat atau di luar rumah, simpan di dalam beg chiller yang dilengkapi pek ais kering.

5. Pindahkan ke dalam peti sejuk chiller sebeum ke bahagian sejuk beku.

6. Periksa tarikh yang paling lama untuk dikeluarkan terlebih dahulu.

7. Untuk bekalkan ke taska, anda boleh mengalihkannya daripada ruang sejuk beku ke ruang penyimpanan biasa (chiller) dalam peti sejuk untuk dibekalkan kepada bayi keesokkannya.

8. Penjaga boleh mencairkan dengan rendam dengan air, suam sehingga cair, kocak dengan lembut, rasa dengan bahagian belakang tangan suhunya sebelum diberikan kepada bayi atau menggunakan pemanas susu.





9. Susu ibu yang telah dicairkan / dipanaskan hanya bertahan selama 3-4 jam pada suhu bilik sebelum dianggap tidak selamat kerana khuatir dicemari bakteria.

Thanks For Reading 

Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH