MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

11 Dec 2014

Cara Banyakkan Susu Secara Tradisional

Bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak, bolehlah cuba cara tradisional ini. Mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan hasil susu yang banyak untuk anak tersayang.

Kaedah Daun Sireh

Ambil sehelai daun sireh Melayu (dalam gambar)sapukan sedikit minyak kelapa pada dauh sirih tersebut. Kemudian layurkan pada api hingga layu. Nak pakai sterika pun boleh juga. Setelah suam, tekapkan pada payudara dibahagian keliling termasuk puting. Bila didapati sudah sejuk layur semula supaya suam2 panas semula. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak. Cara ini dapat memperbanyak susu badan disamping mencegah penyakit barah payudara.

Kaedah Nasi Panas bersama Halia Muda dan Air Asam

Makanlah nasi masa nasi tersebut tengah panas panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam jawa. Tapi janganlah nasi terlampau panas sehingga nak telah pun payah.

Kaedah Longan Kering

Dapatkan buah longan kering dari kedai ubatan tradisional China kemudian rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air hingga kembang. Minumlah airnya semasa ianya masih panas atau panas suam-suam. Ini adalah cara tradisional orang-orang keturunan China hinggalah ke Vietnam dan Laos.

Kaedah Lobak Puteh

Dapatkan sebatang lobak putih bersaiz agak sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil2. Kisar hingga halus dicampur dengan segelas air suam. Minumlah sebanyak 2 kali sehari.

Kaedah Bunga Melor dan Daun Pucok Manis

Dapatkan segengam bunga melor yang sedang kembang serta segengam daun pucok manis. Giling atau blend (jika blend pastikan tidak dicampur air dengan banyak....ini bagi mempastikan kepekatan) daun bunga melur dan daun pucuk manis hingga halus dan tampal di sekeliling payudara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payudara sebelum menyusukan bayi anda.

Sekiranya anda ingin mencuba MILKBOOSTER Shaklee, boleh hubungi saya untuk FREE konsultasi

Thanks For Reading

Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com


♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH