MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

16 Nov 2014

Majlis Konvokesyen Taski Abim Daerah Kinta Ke 29

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita sikit mengenai Majlis Konvokesyen putri sulung saya Nur Amirah Damia Bt Khairul Rizal. Hari ini merupakan hari gilang gemilang buat Damia kerana dia dah graduate taski tau. Selepas ini, Damia akan menempuhi alam sekolah rendah pula. Macam mana le agaknya bila dah sekolah rendah nanti yer.

Kalau nak tahu Damia start belajar taski sejak berumur 4 tahun lagi. Syukur alhamdulilah banyak peningkatan saya nampak sejak hantar ke taski terutama dari segi menghafal doa, membaca dan menulis . Cikgu- cikgu nya pun baik dan melayan Damia dengan baik sekali. Damia ni seorang yang manja dan cembura. Tak boleh orang lebih dari dia.

Untuk kesihatan dan minda Damia, saya beri Vitamin C Chew, Mealshake dan Omega Guard.Saya pastikan makanan tambahan yang diberi adalah yang terbaik untuk Damia.  

Tahun ini Majlis Konvokesyen Damia diadakan di Hotel Casuarina, Meru. Majlis ini diraikan oleh anak- anak Taski Daerah Kinta. 


Cantik kan banner taski ini. Sedap mata memandang dan cute jer. Penuh dengan keceriaan dan belon-belon. Kami sekeluarga duduk di barisan kedua dari hadapan. Semangat nak tengok anak ambil sijil tamat taski. Teringat pulak masa zaman saya tadika dulu nak konvokesyen. 


Ini kawan- kawan Damia yang nak ambil sijil tamat taski. Serius je muka anak- anak ni. Darah gemuruh kut diaorang ini. Al maklumlah baru first time nak naik pentas ambil sijil.


Sementara nak menunggu majlis bermula, apa lagi aktiviti selfie dululah Damia. Senyum meleret je anak dara ni. Aik tempat duduk di apit jejaka rupanya. Hihihihihi..


Semangat Damia nak naik pentas ambil sijil. Suka lah tue..


Berselfie lagi sementara nak tunggu majlis bermula. 


Inilah cikgu yang mengajar Damia. Yang tudung purple tu Cikgu Yati dan tudung light grey pulak Cikgu Zainun. Tapi Cikgu Zainun ajar Damia umur 4 tahun dan 5 tahun sahaja. Lepas tu dia bertukar ke pentadbiran Taski Abim. Cikgu yang menggantikan Cikgu Zainun ialah Cikgu Tasha. Tapi sory yer gambar Cikgu Tasha tiada. Kebetulan ambil gambar ni semasa Cikgu Zainun dan Cikgu Yati tengah bersembang. Apa lagi ibu pun ambil kesempatan minta ambil gambar sekejap untuk Damia buat kenangan. 



Yeay inilah Nur Amirah Damia. Naik ke pentas ambil Sijil Tamat Pengajian Taski.Ibu siap pesan jangan lupa senyum naik kat pentas nanti. Baru nampak comel..Alhamdulilah senyum juga akhirnya.



Selepas Damia ambil sijil, terus ajak Damia ambil gambar dekat banner ini. Masa ni majlis masih berlangsung lagi. Aku dah sibuk ajak Damia tangkap gambar. Bukan apa takut nanti ramai orang pulak nak tangkap gambar kat sini. Memang betui pun selepas Damia tangkap gambar kat sini, ramai yang nak tangkap gambar. Selamat kami dah selsai kalau tak mesti kena tunggu turn. 

Syukur alhamdulilah akhirnya Damia dah tamat pengajian taskinya di Al Furqan. Semoga Damia lebih success di alam persekolahan rendah nanti dan memperolehi pencapaian yang lebih bagus dan baik berbanding sekarang.

Oklah itu sahaja, saya nak cerita mengenai Majlis Konvokesyen Damia.
Nak baca lagi kisah Damia rajin- rajnlah lawat blog saya ini.



♥ TERIMA KASIH ♥

2 comments :

Kamsiah yusoff said...

tahniah adik comel...ini konvo pertama dalam hidup dia,kan..

salam kenal sis...akak follow sini..

Fazidawani said...

terima kasih kak. salam perkenalan.

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH