MONTAGE JUTAWAN SHAKLEE

14 Jul 2014

Garis Panduan Diet Sihat

Jom ikuti garis panduan diet secara sihat untuk dapatkan badan yang langsing atau ingin mengekalkan berat badan unggul agar berat badan anda tidak naik secara tiba-tiba? 
1. Makan Pelbagai Jenis Makanan
  • Tidak ada satu makanan pun yang membekalkan kesemua nutrien yang anda perlukan.
  • Pilih pengambilan diet harian anda dengan kombinasi pelbagai jenis makanan berpandukan Piramid Makanan.
  • Makan secara tetap dan teratur. Jangan tinggalkan waktu makan anda.

2. Kekalkan Berat Badan Unggul Dengan Mengimbangkan Pengambilan Makanan Dan Aktiviti Fizikal
  • Umur, jantina dan aktiviti fizikal menentukan keperluan makanan anda.
  • Kekalkan berat badan unggul.
  • Timbang berat badan anda secara tetap, sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
  • Kira berat badan unggul anda dengan mengggunakan formula Indeks Jisim Tubuh (BMI):

BMI =Berat (kg) 
Tinggit ( m ) x Tinggi (m
Jika BMI anda ialahAnda adalah
Kurang daripada 18.5Kurang berat badan
18.5 hingga < 25Berat badan normal
25 hingga < 30Berlebihan berat badan
30 atau lebihKegemukan atau obes

3. Pilih Makanan Yang Mengandungi Bijirin , Hasil Bijirin Dan Kekacang
  • Sumber tenaga utama perlulah daripada sumber bijirin penuh.
  • Bijirin penuh adalah sumber karbohidrat kompleks dan juga sumber serat yang baik.
  • Sila rujuk Piramid Makanan di bawah ini.
4. Makan Lebih Buah-buahan dan Sayur-Sayuran
  • Sumber terbaik bagi vitamin, mineral dan serat.
  • Sumber terbaik antioksida.
  • Dapat meningkatkan sistem pertahanan badan dan melawan jangkitan kuman.
  • Serat dapat mengelakkan sembelit.

5. Pilih Makanan  Rendah  Lemak dan Kolesterol
  • Lemak menyumbangkan lebih tenaga berbanding karbohidrat dan protein. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihankurangkan pengambilan lemak dalam makanan anda.

Panduan untuk mengurangkan pengambilan lemak:
  • Buang lemak dan kulit pada ayam dan daging sebelum masak.
  • Gunakan sedikit minyak semasa memasak.
  • Rebus, panggang, kukus dan menggunakan ketuhar gelombang mikro (‘microwave’) adalah lebih baik daripada menggoreng.
  • Gunakan susu tanpa lemak atau santan cair dalam masakan anda.

Panduan untuk mengurangkan pengambilan kolesterol:
  • Organ dalaman (hati, pedal, jantung, otak), makanan laut (ketam, udang, sotong) dan kuning telur adalah makanan tinggi  kolesterol. Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilannya.
  • Ikan dan hasil soya (tauhu, tempeh) adalah rendah kolesterol. Jadikan makanan ini sebahagian dalam hidangan anda.

6. Pilih Makanan Rendah Gula Dan Garam
Gula membekalkan kalori. Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, kurangkan pengambilan gula dalam makanan anda.
Kurangkan pengambilan gula dalam:
  • Minuman, Masakan, dan Pencuci mulut. Gantikan pencuci mulut yang manis dengan buah-buahan segar.
Kurangkan pengambilan garam dengan:
  • Mengurangkan makanan terproses atau di awet. Pilih makanan segar.
  • Kurangkan makanan tinggi garam.
  • Kurangkan garam, kicap, sos tiram dan sebagainya dalam masakan. Gantikan dengan herba dan rempah-ratus bagi menyedapkan masakan anda.
  • Elakkan snek tinggi garam seperti kacang yang mengandungi garam dan kerepek kentang.

7. Minum Banyak Air
  • Minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air dalam sehari walaupun anda tidak berasa dahaga bagi mengelakkan sembelit dan kekurangan cecair dalam badan.
  • Pengambilan air adalah dalam bentuk air kosongjus buah-buahanjus sayur-sayurandan sup.

8. Ambil Makanan Yang Bersih Dan Selamat
  • Ambil makanan sebaik sahaja dimasak dan elakkan makanan anda terdedah lebih daripada dua jam.
  • Basuh tangan anda dengan air bersih dan sabun sebelum dan selepas mengendalikan makanan.
  • Sekiranya anda makan di luar, pilih premis atau gerai makanan yang bersih.

Sumber Rujukan:
1. Manual Mesej Utama dan Sokongan, Makan Untuk Kesihatan, Kempen Cara Hidup Sihat1997.
2. Panduan Pemakanan Warga Tua di Institusi , Kementerian Kesihatan Malaysia, 2001.
3. http://pakarcinta.com/blog/garis-panduan-diet-sihat/

Thanks For Reading







Fazidawani Bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com

♥ TERIMA KASIH ♥

No comments :

© D'diamondvitshop | Template Designed By MH