Apa itu penyakit gastrik ?
Gastritis atau penyakit gastrik yang dikenali umum adalah satu penyakit yang seringkali dikaitkan dengan pedih atau sakit pada bahagian perut atau ulu hati . Mengikut ilmu kedoktoran, penyakit gastrik adalah keradangan yang berlaku di lapisan permukaan perut. Penyakit ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman seperti Helicobacter Pylori, alergi, merokok atau ubat-ubatan (khususnya ubat tahan sakit, aspirin dan ubat tradisional yang mempunyai kandungan steroid).
Prostaglandin adalah sejenis bahan kimia seakan hormon yang bertanggungjawab untuk melindungi lapisan perut daripada tindakan hakisan asid gastrik (asid yang dirembeskan oleh sel di dalam perut). Apa yang terjadi pada pesakit gastritis adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan antara 2 faktor iaitu faktor yang melindungi dan faktor agresif yang menyebabkan keradangan pada lapisan permukaan perut.
Apakah tanda-tanda penyakit gastrik?
Antara tanda-tanda penyakit gastrik adalah :
1. sakit di bahagian ulu hati
2. perut kembung
3. sendawa yang kerap
4. loya dan muntah
5. muntah darah atau najis bewarna hitam
Apakah yang perlu diamalkan oleh pesakit gastrik ketika Ramadhan?
Elakkan :
- Makanan bergoreng
- Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
- Minuman bergas
- Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
- Merokok
- Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
- Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
- Berbuka dengan kuantiti yang banyak
Amalkan:
Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu. Kemudian makan nasi separuh pinggan, ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut oat atau roti.
Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur; seperti yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إنا معاشر الأنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا
“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, no. 2609. Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)
‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan, “Para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.” (Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)
Anda juga boleh mencuba Energizing Soy Protein sepanjang bulan Ramadhan bagi mengelak sakit gastrik kerana :
- Mempunyai indeks Glisemic yang rendah yang bukan sahaja bagus untuk pesakit kencing manis, namun menyebabkannya dihadam secara perlahan-lahan oleh perut yang menyebabkan tenaga dilepaskan secara perlahan-lahan dan konsisten untuk rasa kenyang yang lama.
- Untuk ibu menyusu pula, ia membantu di dalam penghasilan susu ibu yang berkualiti kerapa protien merupakan komposisi penting di dalam susu ibu. Yang paling best, susu ibu kelihatan pekat dan berkrim! (Pengalaman sendiri)
- Untuk pesakit gastrik pula tak perlu susah hati. Sebab ESP yang bersifat alkali mampun menyeimbangkan asid di dalam perut disamping membaiki sel-sel perut yang tercedera disebabkan asid tersebut.
Selamat Berpuasa!!
Nak buat pesanan hubungi saya:
Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
diamondvitshop@gmail.com
No comments:
Post a Comment