✔Makanan yang kaya serat,protein,mineral dipercayai membantu melonjakkan kuantiti susu yang semakin merudum.
✔Elakkan stres dan tekanan kerja hingga menyebabkan anak tak cukup susu
✔Perlu minum air sekurangnya 1 liter bagi setiap 25kg berat badan anda. Minum air suam sebelum mulakan sesi penyusuan atau memerah
✔Susu soya dan tempe ( hasil soya )
✔Halba atau herba tradisional. Boleh dijadikan teh dan diminum suam
✔Makanan berserat seperti oat. Tambahkan jintan di dalam masakan
✔Kurma cina. Rebus dengan gula batu dan minum airnya
✔Air rebusan barli
✔Longan kering. Kaedah yang sama boleh digunakan seperti kurma cina tadi
✔Jadikan pegaga sebagai ulam. Boleh dimakan semasa makan tengah hari
✔Jantung pisang. Jadikan seperti kerabu atau ulam
✔Makan ikan. Hasilkan susu ibu lebih cepat
✔Halia bukan sekadar penambah perisa dan buang angin dalam badan, tetapi menambahkan jumlah susu badan yang kian sedikit
✔Memakan kekacang seperti badam
✔Memakan beras perang kerana ada serat yang tinggi
✔Berdoa dan mengamalkan bacaan surah peningkatan susu ibu
✔Sentiasa berdoa meminta pertolongan daripada-Nya supaya anda sentiasa bersemangat untuk terus memberi kan penyusuan buat si manja
✔Bagi yang beragama Islam amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkat mu!! lalu terpancarlah darinya 12 mata air. tiap-tiap suku atau puak telah mengetahui tempat minumannya (masing-masing). Makan dan minumlah rezeki (yang diberikan Allah). dan janganlah kamu berkeliaran di muka bumi dengan membuat kerosakan.
✔Berzikir untuk banyakkan susu ibu seperti Ya Matiin semasa memerah susu atau menyusui bayi.
Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com
No comments:
Post a Comment