Kanak-kanak sedang membesar
sememangnya mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman yang berisiko
menyebabkan mereka sakit seperti demam, batuk dan selesema.Oleh itu, sebagai ibubapa yang prihatin dengan kesihatan anak-anak perlu
mendidik mereka menjaga kesihatan diri supaya kurang risiko jatuh sakit.
Apa kata biasakan anak-anak anda
dengan amalan sihat supaya ia menjadi sesuatu yang rutin dalam hidup
mereka dan secara tidak langsung mengajar mereka gaya hidup sihat.
- Kerap mencuci tangan
Tangan adalah tempat paling banyak
bakteria membiak. Apatah lagi dalam kalangan kanak-kanak yang aktif meneroka
pelbagai aktiviti lasak di sekeliling mereka. Oleh itu sentiasa ajar anak anda
membersihkan tangan sebelum makan, selepas makan atau selepas melakukan
aktiviti bermain. Ajarkan mereka langkah membersihkan tangan dengan betul
sambil memberitahu apa sebab mereka perlu mencuci tangan.
- Beriadah
Aktiviti riadah secara konsisten
dapat mengurangkan risiko kerap mendapat demam selesema. Beriadah secara sihat
membuatkan sel-sel menentang jangkitan kuman berjalan dengan lancar. Ia lebih
baik berbanding pengambilan ubat-ubatan. Oleh itu, bawa anak anda beriadah di
luar rumah atau sekadar main kejar-kejar di taman.
- Disiplinkan waktu tidur
Biasakan anak anda tidur secara
teratur setiap hari. Sentiasa pastikan dia tidur pada waktu yang sama setiap
malam. Tidur dengan jadual yang sama setiap hari melatih anak anda menjadi
lebih berdisiplin dan paling penting dia akan lebih sihat dan terhindar
daripada mudah mendapat penyakit.
- Banyak makan sayur dan buah
Amalan pemakanan yang sihat juga
menjadikan anak anda membesar sebagai kanak-kanak yang mempunyai sistem imun
yang kuat. Cara terbaik memenuhi keperluan vitamin dan mineralnya iaitu dengan
banyak makan sayur dan buah-buahan. Pilih makanan yang kaya dengan vitamin C seperti
brokoli, strawberi dan kiwi, makanan yang kaya dengan vitamin D seperti ikan
tuna, susu dan bijirin. Mengamalkan makan yogurt diperkaya probiotik aktif juga
boleh meningkatkan ketahanan tubuh.
Sekiranya anak sudah dibiasakan
dengan amalan pemakanan dan gaya hidup sihat ini sejak kecil maka ia akan
diteruskan sehingga dewasa.
Fazidawani Bt Ari
SID 880334
012-3613615
ddiamondvitshop@gmail.com
No comments :
Post a Comment