Sejuk hati bila tengok si comel lahir ke dunia. Si comel berada dalam perut si ibu selama 9 bulan. Kemana si ibu pergi, si comel mesti bersama- sama. Akan tetapi setelah si comel lahir ke dunia masih ada ibu yang memberi air masak padahal si comel belum mencecah 6 bulan ke atas.
Jom baca kesan kepada si comel:
1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan
merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala
khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh
menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang
khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu
pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu
merencatkan tumbesaran.
2. Merencatkan Akal
2. Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin
di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air
akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga
menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi
bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.
3. Mengancam Nyawa
3. Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika
kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai
peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas
air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit
yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai
jangkitan.
4. Mengakibatkan Sawan Tarik
4. Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di
bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah
bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik.
Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu, beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
Ingin mencuba SET MENYUSU SHAKLEE.
Dapatkan dari Pengedar Sah Shaklee
Fazidawani bt Ari
012-3613615
SID 880334
ddiamondvitshop@gmail.com
No comments :
Post a Comment